Tiga beradik perempuan ditemui terjatuh dari bangunan

Iklan
Tiga beradik maut selepas terjatuh dari kediaman keluarga mereka. Foto: Agensi

UTTAR PRADESH – Tiga beradik perempuan ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di pinggir New Delhi, India pada awal pagi Rabu, dipercayai selepas berlaku pertikaian keluarga berkaitan larangan bermain permainan digital berunsur Korea.

Mangsa dikenal pasti sebagai Vishika, 16; Prachi, 14; dan Pakhi, 12.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku di kediaman keluarga mereka di Uttar Pradesh dan difahamkan bapa mangsa bertindak mengehadkan penggunaan telefon bimbit, termasuk akses kepada permainan yang didakwa memberi kesan keterikatan melampau terhadap ketiga-tiga remaja berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, bapa mangsa menyedari anak-anaknya terlalu obses terhadap kandungan hiburan berkaitan budaya Korea, termasuk permainan digital, muzik dan drama, sejak tempoh pandemik Covid-19.

Iklan

Keadaan itu dikatakan menjejaskan rutin harian serta pendidikan mereka, sekali gus mendorong ibu bapa mengambil tindakan tegas.

Pihak polis memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.15 pagi waktu tempatan sebelum menemui ketiga-tiga beradik itu di kawasan bawah bangunan kediaman berkenaan.

Iklan

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan.

Ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah bangunan kediaman. Foto: Agensi

Pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti kronologi sebenar kejadian serta faktor yang mendorong tindakan tersebut.

Beberapa saksi di lokasi kejadian memberikan keterangan berbeza mengenai insiden berkenaan dan perkara tersebut masih dalam siasatan lanjut polis. – Agensi