'Ini perkahwinan ketiga arwah mama, mula-mula sahaja bahagia'

Iklan
Ezlyn Ilyana (dua dari kiri) bersama adik-adiknya menyiram air mawar di pusara ibu mereka didi Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar pada Jumaat.

ALOR SETAR – Wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini pernah melalui episod perkahwinan yang tidak bahagia sebelum berkahwin buat kali ketiga.

Anak sulung mangsa, Ezlyn Ilyana Hardiha Shayrin Yezral, 26, berkata ibunya, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, sebelum ini sudah melalui pengalaman perkahwinan yang menyedihkan.

Iklan
Iklan

“Selepas kahwin baharu ini (perkahwinan ketiga), awal-awal semua baik sebab suami bekerja.

“Cuma dalam masa beberapa bulan selepas suaminya tidak bekerja, bila tiada duit, pergaduhan mula terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kariah Suka Menanti di sini, pada Jumaat.

Iklan

Suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ezlyn, kali terakhir dia berhubung dengan ibunya adalah pada Isnin lalu.

Iklan

“Biasanya kalau hantar WhatsApp, arwah mama suka hantar nota suara dan kami biasanya bercakap macam biasa sahaja. Kali terakhir saya terima mesej dia adalah Isnin lalu,” ujarnya dalam nada sebak.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa Wan Khairul Safinah ditemui mati dengan kesan kelar di leher, dan mayatnya dipercayai disimpan di kediaman mereka selama empat hari sebelum ditemui.

Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti selepas solat Asar.

Mangsa meninggalkan lima anak iaitu Ezlyn Ilyana, Mohamad Daniel, 25; Ezryn Fydiana Balqis, 23; Rikhwan Fariez Dharwish, 16; dan Ridhwan Aizs Daim, 15.

Sementara itu, suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ezlyn turut meluahkan harapan agar hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.

“Saya nak hukuman yang setimpal. Kalau setakat penjara beberapa puluh tahun, tidak sebanding dengan apa yang dia buat,” katanya.