Belanjawan Sabah 2026 tumpu isu 'tiga serangkai' - Hajiji

Iklan
Hajiji (depan, tiga dari kanan) selepas mendengar pembentangan Belanjawan Sabah Tahun 2026 di DUN Sabah pada Jumaat.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menegaskan bahawa tumpuan utama belanjawan negeri tahun hadapan adalah menyelesaikan isu tiga serangkai melibatkan bekalan air, jalan raya dan elektrik luar bandar yang sekian lama menjadi keperluan mendesak rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, fokus tersebut selaras dengan pendekatan kerajaan negeri untuk memastikan setiap peruntukan yang dibentangkan benar-benar memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Jadi inilah yang akan kita laksanakan untuk tahun depan. Selain itu, tumpuan juga kepada isu-isu ataupun masalah tiga serangkai.

"Itu menjadi keutamaan kerajaan, airnya, jalan rayanya dan juga elektrik luar bandarnya. Jadi semua ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan Sabah Tahun 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Jumaat.

Hajiji turut menyifatkan belanjawan yang dibentangkan itu sebagai satu peruntukan yang berorientasikan rakyat dan menekankan kesejahteraan umum.

Iklan

"Belanjawan ini adalah satu belanjawan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti temanya iaitu 'Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan'," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga memastikan aspek kebajikan termasuk bantuan kepada rakyat kurang berkemampuan serta keperluan pendidikan terus menjadi agenda penting.

"Kerajaan juga memberi pembelaan atau bantuan diteruskan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan anak-anak kita yang bersekolah ini, dari segi pendidikan dan modal insan," jelasnya.