Lelaki maut nahas dua kenderaan

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit (kiri) dan keadaan kereta jenis Honda City (kanan) yang remuk di bahagian hadapan. -Foto BBP Tangkak

TANGKAK – Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Lebuh AMJ KM 41/2 Tanjung Gading di sini pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1 Azli Hashim, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 2.56 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dikejarkan ke lokasi sejauh 20 kilometer (KM).

“Setibanya anggota bomba tiba ke lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga dan Honda City.

Iklan

“Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta Proton Saga. Mangsa yang tersepit kemudiannya berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas, tapi mangsa disahkan meninggal dunia.

"Sementara itu, mangsa dari kereta Honda City yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan,” katanya.

Iklan

Tambah Azli, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Keadaan di kawasan sekitar terkawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.45 petang,” katanya.