Hatrik emas Shamalarani

Iklan
Shahmalarani mencipta hadiah paling bermakna apabila mempertahankan emas kumite wanita bawah 50kg untuk melengkapkan hatrik peribadi di Sukan SEA Thailand 2025.

GENAP ulang tahun kelahirannya, ratu karate negara, C Shahmalarani mencipta hadiah paling bermakna apabila mempertahankan emas kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) untuk melengkapkan hatrik peribadi di Sukan SEA Thailand 2025.

Kejayaan itu lebih manis apabila atlet berusia 27 tahun itu menundukkan wakil Myanmar, Florence Nay Chi Htun dengan kiraan mata 4-0 pada aksi final di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana.

Iklan
Iklan

Shahmalarani sebelum ini turut memenangi emas pada edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

"Jelas sekali ia sangat istimewa bagi saya. Ia hadiah hari jadi dan saya juga mahu menyumbangkan emas ini untuk Malaysia.

Iklan

"Kami baru sahaja memulakan pertandingan tiga hari lalu dan sedang meningkatkan pungutan pingat. Menjadi salah seorang penyumbang pingat emas adalah detik yang membanggakan bagi saya untuk Malaysia," katanya.

Kem karate negara turut menambah satu lagi emas menerusi atlet muda, K. Thevendran yang mengungguli acara kumite lelaki bawah 55kg dalam penampilan sulungnya di temasya itu.

Iklan

Thevendran menewaskan wakil Vietnam, Chu Van Duc dengan keputusan 4-0. - Bernama