PUTRAJAYA – Kehadiran pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan pengamal media di Kompleks Mahkamah Putrajaya yang mengikuti hari kedua prosiding mengetepikan pembebasan empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Jumaat.
Bella tiba pada jam 8.30 pagi sambil ditemani beberapa individu.
Iklan
Iklan
Bella dilihat mengenakan baju kurung sambil melemparkan senyuman serta memberi salam kepada barisan pengamal media yang setia menanti perkembangan kes berkenaan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa prosiding ini merupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Syed Saddiq berhubung empat kes menyeleweng dana Armada.
Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari bermula Khamis, di hadapan beberapa hakim.