Keluarga sokong anugerah buku ditarik balik

Iklan
Waris Allahyarham Cikgu E menyifatkan keputusan YPBN menarik kembali Anugerah Buku Negara terhadap karya berkaitan sebagai tepat.

SHAH ALAM - Waris Allahyarham Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu E menyifatkan keputusan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) menarik kembali Anugerah Buku Negara terhadap karya berkaitan sebagai tepat.

Isteri Allahyarham, Nor Azlina Mohd Ali berkata, naskhah berkenaan tidak menggambarkan sepenuhnya perjuangan Cikgu E melawan kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir bulan lalu.

Iklan
Iklan

“Perkara ini awalnya diberitahu abang ipar berkaitan ada buku diterbitkan atas nama Cikgu E hingga menjadi kontroversi pada pesta buku, baru-baru ini dan semalam (Rabu), dimaklumkan ada penarikan pengiktirafan itu. Saya rasa itulah sepatutnya dibuat.

“Secara jujurnya, saya berterima kasih kepada semua pihak, rakan cikgu yang berusaha kerana ada baca sedikit naskhah ini dan tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang ada pada arwah. Malah, nilai kasih sayang ditulis tidak dapat dizahirkan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, penulis terkenal, Sri Diah Shahruddin berkongsi di Facebook surat notis penarikan balik Anugerah Buku Negara oleh YPBN susulan dakwaan berlaku unsur plagiat terhadap karya dipertandingkan.

Surat rasmi dikeluarkan sekretariat pertandingan memaklumkan keputusan muktamad selaku penganjur adalah membatalkan kemenangan penerbit Casamas Resources Sdn Bhd selepas karya tersebut menjadi pertikaian umum dan mendapat bantahan oleh keluarga Allahyarham Cikgu E.

Iklan

Menurut Nor Azlina yang juga seorang guru, beliau ada menerima permintaan dan menyambut baik usaha pihak mahu menerbitkan naskhah kisah kehidupan Cikgu E yang boleh memberikan inspirasi kepada pejuang kanser lain.

“Ada rakan yang juga penulis merancang, meminta persetujuan dan kebenaran menulis dan saya tidaklah menolak. Tetapi biarlah dibincangkan dengan betul-betul. Kalau boleh, biarlah orang terdekat yang sama-sama mengikuti perjalanan arwah menulis supaya tidak timbul isu menyentuh sensitiviti.

“Terbitan buku bukan berdasarkan keuntungan semata-mata, malah memberi pahala bagi saya tiada masalah. Saya tidak mahu menyekat perkara boleh memberi kesan positif, tetapi biarlah penulis itu individu yang betul-betul mengenali Cikgu E,” jelasnya.