Sultan Ibrahim disambut mesra Presiden Putin di Muzium Hermitage
Iklan
Sultan Ibrahim (kiri) disambut mesra oleh Putin di Muzium Hermitage pada Isnin. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin disambut mesra oleh Presiden Rusia Vladimir Putin di Muzium Hermitage, St Petersburg dalam satu pertemuan yang mencerminkan penghormatan tinggi Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda ke muzium berprestij dunia itu turut menyerlahkan peranan Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara khususnya dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Rusia.
Iklan
Iklan
Ditubuhkan pada 1755, Muzium Hermitage adalah antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, menempatkan lebih tiga juta karya seni selain artifak bernilai tinggi.
"Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa dengan diiringi Presiden Putin meninjau sebahagian koleksi bersejarah dan karya seni bertaraf dunia yang dipamerkan di muzium berkenaan.
Iklan
"Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah atas jemputan khas Presiden Putin sekali gus melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara,” menurut perkongsian itu.
Pada Ogos tahun lepas, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow bagi mengadakan Lawatan Negara sekali gus melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama berkunjung secara rasmi ke Persekutuan Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.
Iklan
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Kazan, Republik Tatarstan pada tahun lepas sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>