Ringgit melonjak kepada 4.10 berbanding dolar AS, tertinggi dalam tempoh 4 tahun setengah
Iklan
Pada jam 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1040/1105 berbanding dolar AS daripada 4.1155/1195 semasa ditutup pada Rabu. Foto hiasan
RINGGIT ditutup dengan melonjak kepada paras 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun dan enam bulan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini, yang menjejaskan dolar AS.
Pada jam 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1040/1105 berbanding dolar AS daripada 4.1155/1195 semasa ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Mata wang tempatan mengatasi paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 11 Jun 2021, apabila ia ditutup pada 4.1070 berbanding dolar AS.
Semalam, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS menurunkan kadar faedah kepada antara 3.5 dan 3.75 peratus, merupakan penurunan ketiga pada tahun ini daripada 4.25-4.50 peratus pada Disember tahun lepas.
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan terus mencatatkan prestasi yang baik berbanding dolar AS selepas mesyuarat FOMC berakhir semalam.
"Keputusan FOMC terkini tidak sebulat suara, dengan dua ahli mengundi untuk mengekalkan kadar faedah manakala seorang ahli memilih penurunan sebanyak 50 mata asas. Ini mencerminkan tahap ketidaktentuan dasar menjelang 2026.
Iklan
"Berdasarkan unjuran terkini, kadar dana Fed dijangka menurun sebanyak 25 mata asas, masing-masing pada 2026 dan 2027,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.4879/4966 daripada 5.4781/4835 semasa ditutup pada Rabu, rendah berbanding euro kepada 4.8025/8101 daripada 4.7884/7930 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.6333/6375 daripada 2.6240/6267.
Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1711/1763 daripada 3.1748/1781 semasa ditutup pada Rabu dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 246.1/246.6 daripada 246.5/246.9 sebelum ini.
Ia turut meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9219/9505 daripada 12.9243/9422 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.95/6.97 daripada 6.95/6.96 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>