Trump buat duit lagi, lancar kad emas pula

Iklan
Kad tersebut turut memaparkan wajah Presiden ke-47 AS itu. Foto Agensi

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan program visa, Trump Gold Card secara rasmi pada Rabu.

Ia bakal membuka peluang kepada warga asing mendapatkan kebenaran untuk menetap di Washington.

Iklan
Iklan

Laman Trumpcard.gov menyediakan permohonan kepada mereka yang sanggup membayar AS$15,000 (RM62,000) kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi mempercepatkan proses.

"Selepas pemeriksaan latar belakang dan saringan dibuat, pemohon perlu membuat 'sumbangan' AS$1 juta (RM4.1 juta) untuk mendapatkan visa yang serupa seperti Kad Hijau yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di AS.

Iklan

"Ia sama seperti Kad Hijau, tapi dalam versi yang jauh lebih baik," ujar Trump.

Sementara itu, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick berkata, kira-kira 10,000 individu sudah mendaftar untuk kad emas tersebut ketika tempoh pra tempahan.

Iklan

"Ia sememangnya akan memberi manfaat besar kepada ekonomi negara," jelasnya. - Agensi