Perlis catat kadar obesiti tertinggi - Exco
Iklan
Kadar obesiti tyang dicatatkan adalah sebanyak 32.8 peratus.
KANGAR - Perlis mencatakan kadar obesiti tertinggi iaitu 32.8 peratus manakala kadar prevalens diabetes sebanyak 20.6 peratus, iaitu ketiga tertinggi di Malaysia berdasarkan statistik terkini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar, Wan Badariah Wan Saad berkata, tindakan telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan usaha kerajaan negeri termasuk promosi pelancongan dan kesihatan rakyat bergerak seiring tanpa memberikan kesan negatif.
Iklan
Iklan
"Jabatan Kesihatan negeri mengambil maklum penganjuran Food Festival yang kini menjadi tarikan masyarakat umum di Perlis dan menjadi tanggungjawab jabatan memastikan pengendali dan makanan dijual mematuhi tahap keselamatan dan berkualiti.
"Pelbagai aktiviti advokasi dilakukan kepada pengendali makanan dan pengunjung Food Festival bagi menyediakan dan pemilihan yang lebih sihat seperti minuman kurang manis atau tanpa gula, porsi makanan lebih kecil, menggalakkan penjualan buah dan sayur serta cakna kandungan kalori,” katanya.
Iklan
Wan Badariah berkata, demikian semasa menjawab soalan Megat Hashirat Hassan (PN-Pauh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini pada Kahmis.
Megat Hashirat ingin tahu tindakan pihak kerajaan negeri dalam isu penganjuran festival makanan yang hebat dipromosikan di Perlis yang dirasakan berkait rapat dengan kesihatan termasuk obesiti dan diabetes di negeri itu.
Iklan
Wan Badariah menjawab soalan itu bagi mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan dan Keusahawanan Perlis Datin Marzita Mansor.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Perlis melalui kerjasama dan sokongan Jabatan Pendidikan negeri akan melaksanakan kempen"Perang Terhadap Gula” dalam kalangan warga sekolah melibatkan murid, guru dan pengusaha kantin menggunakan model Kementerian Kesihatan (KKM)"Sihat Stail Saya” tahun depan.
"Program advokasi ini berkonsepkan primordial iaitu aktiviti pencegahan sejak awal dalam kalangan murid bagi mengekang peningkatan prevalens penyakit tidak berjangkit apabila mereka menginjak remaja dan dewasa,” katanya. - Bernama
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.