Adnan pertahan jawatan Presiden Cuepacs untuk penggal ketiga

Iklan
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs sesi 2025/2028 konvensyen ke-30 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Disember.

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Adnan Mat berjaya mempertahankan kerusi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk penggal ketiga berturut-turut.

Keputusan itu dibuat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs sesi 2025/2028 konvensyen ke-30 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini yang berlangsung dari 9 hingga 11 Disember.

Iklan
Iklan

Cuepacs menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengekalan Adnan sebagai Presiden menandakan keyakinan tinggi anggota terhadap kepimpinan beliau yang berwibawa dan komited dalam memperjuangkan hak serta kebajikan penjawat awam.

"Barisan kepimpinan tertinggi Cuepacs bagi sesi 2025/2028 telah diumumkan apabila Adnan mengekalkan jawatannya.

Iklan

"Jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Azman Shah Abdul Rahman dan Maliki Omar manakala Setiausaha Agung pula Mohd Fadli Mohd Noor, Mohd Zool Asmani Mahmood serta Mazmir Mohd Amin.

"Anuar Mamat dilantik sebagai Setiausaha Kewangan manakala Rozimas Ismail selaku timbalannya," menurut kenyataan itu.

Iklan

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs sesi 2025/2028 konvensyen ke-30 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Disember.

Konvensyen itu juga menyaksikan penambahan tenaga baharu dalam kepimpinan iaitu pemilihan 17 Naib Presiden dan 17 Penolong Setiausaha.

Adnan ketika ucapan penutup, merakamkan ucapan terima kasih atas mandat yang diberikan dan berjanji untuk terus mengukuhkan peranan Cuepacs sebagai suara utama penjawat awam di negara ini serta menjamin kesejahteraan anggota.

Konvensyen tritahunan tersebut dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Disember lepas.

Melalui ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menekankan peranan kritikal penjawat awam dalam merealisasikan aspirasi negara dan kepentingan dialog berterusan antara kerajaan serta kesatuan pekerja.