Banjir: Malaysia salur RM500 kepada setiap pelajar Indonesia di negara ini

Iklan
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) melaporkan 961 kematian, 234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Khamis. Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Malaysia menyalurkan sumbangan RM500 sebagai bantuan permulaan kepada setiap pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan dengan bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.

Iklan
Iklan

"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini," katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

Iklan

Isnin lalu, agensi bencana Indonesia melaporkan hampir 1,000 mangsa terkorban dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang berlaku pada hujung November lepas manakala hampir satu juga lagi terpaksa meninggalkan rumah.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) melaporkan 961 kematian, 234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Khamis.

Iklan

Agensi itu turut merekodkan kerosakan ke atas lebih 156,000 rumah. Sebanyak 52 daerah dan bandar masih terjejas teruk.

Pulau Sumatera yang terjejas banjir dahsyat itu memerlukan dana pemulihan dan pembinaan semula berjumlah 51.82 trilion rupiah (RM12.8 bilion).