PELUMBA berbasikal bukit (MTB) negara, Zulfikri Zulkifli menambah koleksi pingat kontinjen negara selepas meraih pingat perak acara cross country Sukan SEA Thailand 2025 pada Khamis.
Dalam saingan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Choburi pada Khamis, Zulfikri mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam 35.277 saat, ketinggalan 3.587s di belakang pemenang pingat emas Rendy Varera dari Indonesia.