Award Akhir dibatalkan, ancaman Sabah belum tamat
Iklan
Azalina dan kenyataan media War Room Sekretariat Khas Sulu. Gambar kecil: Mohd Zaki
KOTA KINABALU - Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya 'Award Akhir' yang dikeluarkan penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari lalu bukan bermaksud ancaman terhadap Sabah telah berakhir.
Perkara itu ditegaskan Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto yang menekankan, keselamatan Sabah tidak boleh dianggap remeh meskipun Malaysia kini dibersihkan sepenuhnya daripada tuntutan timbang tara tidak sah itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penuntut Sulu turut diarahkan membayar kos berjumlah €200,000 (kira-kira RM959,180) kepada negara, episod tersebut tetap menjadi amaran keras bahawa keselamatan Sabah.
"Ini kemenangan dari sudut undang-undang. Namun dari sudut keselamatan, geopolitik dan ancaman kedaulatan, ia tidak pernah berakhir.
Iklan
"Kita tidak boleh leka," katanya mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung tuntutan terhadap Malaysia itu.
Menurut Mohd Zaki, apa yang lebih penting difahami ketika ini ialah kejayaan Malaysia di mahkamah luar negara tidak mengubah hakikat bahawa kerajaan Filipina tidak pernah secara rasmi menggugurkan tuntutan sejarah mereka terhadap Sabah.
Iklan
Katanya, ini sekali gus menjadikan isu tersebut masih hidup dan berpotensi dimanipulasi pada bila-bila masa.
"Selagi Manila tidak membuat pendirian muktamad, Sabah tetap berdepan 'imminent threats', bukan hanya dari aspek tuntutan diplomatik tetapi juga risiko eksploitasi oleh pihak berkepentingan termasuk kumpulan tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, sejarah pencerobohan Lahad Datu perlu menjadi pengajaran bahawa ancaman tidak semestinya bermula melalui saluran rasmi sebaliknya sering dimulakan melalui unsur provokasi, propaganda atau gerakan kecil yang dilihat remeh pada peringkat awal.
"Saya percaya Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) tidak memandang perkara ini sebelah mata.
"Apa yang berlaku di peringkat antarabangsa boleh mencetuskan gelombang tindak balas di lapangan terutama di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang menjadi pintu masuk paling dekat dan paling terdedah," katanya.
Mohd Zaki menambah, pihak berkuasa perlu memperkukuh risikan, kawalan maritim dan pemantauan rangkaian sosial bagi mengesan sebarang pergerakan mencurigakan, termasuk usaha pihak tertentu menghidupkan kembali sentimen tuntutan ke atas Sabah.
"Kita tidak boleh menunggu isyarat jelas untuk bertindak. Jika negara lain boleh menggunakan saluran undang-undang untuk menekan Malaysia, bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh elemen lain yang lebih ekstrem dan tidak terikat kepada protokol diplomatik," katanya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kemenangan Malaysia di Paris ialah perkembangan positif, tetapi bukan lesen untuk berasa selesa atau menganggap Sabah kini bebas daripada risiko geopolitik yang telah lama membayangi negeri itu.
"Kesimpulannya, Malaysia mungkin ‘menang’ melawan Sulu di mahkamah tetapi dari sudut keselamatan Sabah, kita belum menang apa-apa.
"Kita perlu memperkukuh pertahanan negara kerana potensi ancaman boleh berlaku dalam situasi di luar jangka," tegasnya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.