TDM patahkan cubaan seludup dadah lebih RM10.9 juta

Iklan
TDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM10.9 juta di Kuala Nerang, Kedah. Foto TDM

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah disyaki methamphetamine bernilai lebih RM10.9 juta di Kuala Nerang, Kedah pada Selasa, jumlah rampasan terbesar direkodkan tahun ini.

TDM dalam kenyataan memaklumkan operasi pada 4.30 pagi itu diketuai Kapten Muhammad Zulharif Abdul Rahim bersama lima anggota Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) telah menahan seorang lelaki warga Thailand dalam keadaan mencurigakan, kira-kira 1.2 kilometer dari Kem Sahara, Kuala Nerang.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan menjumpai sebuah walkie-talkie, sebilah parang, satu beg pinggang dan lampu suluh,” menurut kenyataan itu.

Rampasan dadah di Kuala Nerang, Kedah itu merupakan yang terbesar direkodkan tahun ini. Foto TDM

Iklan

Susulan penahanan itu, pemeriksaan lanjut pada 7 pagi sepanjang laluan suspek menemukan 331 bungkusan berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah methamphetamine, masing-masing seberat satu kilogram.

Nilai setiap bungkusan dianggarkan RM33,000, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM10.923 juta.

Iklan

"Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap pada 2.55 petang hari sama untuk tindakan lanjut,” katanya. - Bernama