Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam kereta

Iklan
Pasukan forensik polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian

SEREMBAN – Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi Rabu.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi dan turut dirakam oleh orang awam.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang tersebar, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih, manakala seorang lagi lelaki mengalami kecederaan pada tangan.

Turut kelihatan pada bahagian luar kenderaan tersebut adalah percikan darah.

Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pasukan forensik polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian

Iklan