Bantu mangsa banjir Aceh, jangan setakat agih makanan

Iklan
Keadaan masjid dan sekolah asrama di kawasan terjejas banjir di Karang Baru, Aceh Tamiang. Foto Reuters.

BANJIR besar yang disebut sebagai antara terburuk dalam sejarah menyelimuti wilayah autonomi Indonesia itu dengan lumpur setinggi bumbung rumah, meranapkan kehidupan ribuan keluarga.

Dalam suasana getir inilah, pastinya banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia berpusu-pusu datang membantu.

Iklan
Iklan

Bagi Merak Jalanan, niat dan komitmen mereka itu memang bagus. Bahkan masyarakat antarabangsa sering mengiktiraf kemampuan NGO-NGO kita yang sangat aktif membantu mangsa bencana alam.

Ingat lagi tak bila rakyat Aceh sendiri menghantar mesej di laman Facebook PMX, meminta negara kita bantu mereka?

Iklan

Bagaimanapun, misi kemanusiaan ke Aceh tidak sewajarnya sekadar tertumpu kepada usaha membawa bantuan makanan, pakaian dan tilam semata-mata.

Ya, pemberian bantuan kebendaan sedemikian yang disulami ketikan cahaya kamera digital dan sesi live di media sosial pastinya memberi nilai tambah kepada imej NGO-NGO terlibat.

Iklan

Merak Jalanan tidak menafikan niat baik mereka. Tapi pelik juga, bila lebih banyak masa dihabiskan membetulkan sudut kamera daripada menilai keperluan sebenar mangsa.

Sepatutnya NGO tempatan contohi Pertubuhan Sahabat Serantau Malaysia yang lebih berpijak di bumi nyata.

Mereka lebih merancang kepada strategi bantuan kerja-kerja pembuangan lumpur banjir, pembersihan rumah serta penyediaan kain kafan bagi mangsa korban. Itu realiti bencana sebenar, bukan set penggambaran.

Bencana bukan pentas populariti. Kalau tujuan asal sudah tersasar, mungkin yang tenggelam bukan hanya rumah penduduk Aceh, tetapi juga nilai keikhlasan dalam kerja kemanusiaan.