'Mahkamah siber' cabar institusi, proses kehakiman - Ketua Hakim Negara
Iklan
Wan Ahmad Farid menyampaikan syarahan perdana di UiTM Shah Alam pada Selasa.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perkembangan pesat media sosial dan kebebasan bersuara dalam era digital mencabar peranan institusi kehakiman apabila wujud kecenderungan masyarakat 'menghakimi' kes dalam ruang siber sebelum keputusan mahkamah dibuat.
Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, fenomena 'mahkamah siber' atau trial by social media semakin ketara apabila warganet membuat andaian, melabel dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, hakim serta pihak terlibat tanpa mengetahui fakta sebenar sesuatu kes.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tindakan masyarakat menghukum seseorang sebelum perbicaraan bermula atau sebelum saksi pertama memberikan keterangan adalah berbahaya dan boleh menjejaskan keadilan.
"Seharusnya kita membiarkan proses kehakiman berjalan secara teratur.
Iklan
"Biarlah pihak pendakwaan mengemukakan keterangan, peguam bela mencabarnya dan hakim membuat keputusan berdasarkan undang-undang serta fakta.
"Kecenderungan menjatuhkan hukuman dengan mendahului mahkamah boleh menyebabkan mereka dikenakan perintah menghina mahkamah,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Ketua Hakim Negara bertajuk"Hakim Sebagai Pembina Negara: Menggabungkan Bakat, Ilmu dan Nilai dalam Memartabatkan Keadilan” di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini hari ini.
Program Syarahan Perdana Kehakiman 2025 anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang disertai 444 pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang UiTM itu turut dihadiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, dan Datuk Azimah Omar serta Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Wan Ahmad Farid berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mempunyai saluran sah untuk membuat rayuan, bukannya melontarkan komen keterlaluan menerusi media sosial.
Beliau turut menasihati masyarakat agar mengelakkan komen berbentuk penghinaan terhadap hakim dan mana-mana pihak kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman.
"Jika mahu memahami dan mengkritik secara bertanggungjawab, pelajari undang-undang dan fahami prosesnya. Jangan terburu-buru menjatuhkan hukuman di alam maya,” katanya.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>