Melaka lulus Bajet Negeri 2026
Iklan
Ketua Menteri sebelum ini memaklumkan anggaran Bajet 2026 merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM528.8 juta manakala anggaran perbelanjaan pembangunan berjumlah RM93 juta. Foto Bernama
MELAKA - Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Selasa meluluskan Bajet Negeri 2026 yang bertemakan 'Pembangunan Terancang, Demi Rakyat, Untuk Rakyat'.
Belanjawan itu lulus apabila disokong 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada sesi undian selepas ucapan penggulungan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2026 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat DUN Melaka Ke-15.
Iklan
Iklan
Sementara itu, dua ADUN iaitu Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (PAS-Rembia) tidak hadir atas faktor kecemasan dan keluarga manakala Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) memilih berkecuali.
RUU Enakmen Perbekalan 2026 itu diluluskan selepas penggulungan oleh Ketua Menteri, Datuk Ab Rauf Yusoh dan sebelum itu dibahas tujuh ADUN.
Iklan
Ketua Menteri sebelum ini memaklumkan anggaran Bajet 2026 merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM528.8 juta manakala anggaran perbelanjaan pembangunan berjumlah RM93 juta.
Beliau berkata, anggaran hasil kerajaan negeri pula sebanyak RM528.9 juta disumbangkan daripada hasil cukai (RM184.7 juta), hasil bukan cukai (RM295.7 juta) serta terimaan bukan hasil (RM48.5 juta).
Iklan
Ab Rauf berkata, Bajet 2026 itu membabitkan tiga agenda yang akan dilaksanakan secara komprehensif dan inklusif dengan pelaksanaannya akan dilakukan secara komprehensif melalui 13 fokus utama berdasarkan 11 portfolio Exco serta perkhidmatan awam.
Tiga agenda utama itu ialah melestarikan pembangunan dan keberhasilan ekonomi, mensejahterakan rakyat dan pembangunan modal insan serta memantapkan tatakelola dan kecekapan tadbir urus. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>