8 maut, 6 cedera bas kecil terjunam dalam gaung di Bolivia

Iklan
Lapan orang maut termasuk kanak-kanak dalam kemalangan bas di Jalan Yungas, La Paz. Foto X/Noticias SIN

LA PAZ - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan enam lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bas kecil terjunam ke dalam gaung di sepanjang Jalan Yungas yang terletak di dalam wilayah pentadbiran La Paz, menurut jabatan bomba negara, lapor Xinhua.

"Lapan orang maut dan enam cedera. Antara yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,” kata pengarah jabatan itu, Pavel Tovar.

Iklan
Iklan

Hujan yang melanda baru-baru ini menyebabkan jalan licin dan kawasan itu turut diselubungi kabus tebal, manakala pemandu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan yang buruk, katanya.

Menurut laporan awal, bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sebelum mendarat di dasar sungai.

Iklan

Anggota bomba dan sukarelawan mengambil masa berjam-jam untuk menyelamatkan mangsa terselamat dan mengeluarkan mayat. - Bernama-Xinhua

 

Iklan