MCA kekal bersama BN, hubungan dua parti masih baik - Johari
Iklan
Johari (kanan) melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran 100 Tahun Penyelidikan Getah Malaysia di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.
Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.
Iklan
Iklan
"Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN. Kita perlu menerima hakikat bahawa sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri.
"Namun, hubungan BN dan MCA sangat rapat, lebih daripada 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>