WQC 2025: Ekonomi mampan bermula dengan pengurusan kewangan keluarga

Iklan
Nouman

KUALA LUMPUR – Pembangunan ekonomi yang mampan bermula dengan pengurusan kewangan rumah tangga yang baik.

Pengasas Institut Bayyinah dari Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan berkata, dalam Islam tanggungjawab kewangan dalam perkahwinan jelas tertakluk kepada suami.

Iklan
Iklan

Beliau turut menekankan bahawa krisis ekonomi yang besar sering berpunca daripada kelemahan dalam pengurusan kewangan di peringkat keluarga.

“Lelaki sepenuhnya bertanggungjawab dalam perkahwinan termasuk membuat keputusan kewangan dan memastikan nafkah isteri dipenuhi.

Iklan

“Jika krisis bajet tidak dapat diselesaikan di meja dapur, jangan berbicara soal ekonomi kerajaan atau korporat.

“Ini kerana nafkah adalah hak yang wajib dipenuhi dan tidak boleh dikompromi kerana perkahwinan merupakan kontrak yang menetapkan hak serta tanggungjawab antara suami dan isteri,” katanya.

Iklan

Sesi Q-Talk: Wilayah: Unity That Builds The Saff sempena World #QuranConvention (WQC) 2025 di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika sesi Q-Talk: Wilayah: Unity That Builds The Saff sempena World #QuranConvention (WQC) 2025 di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), di sini pada Ahad.

Nouman turut menekankan bahawa tanggungjawab kewangan bukan sahaja melibatkan isteri tetapi juga anak-anak dan ahli keluarga lain yang berada di bawah tanggungan suami.

Beliau menegaskan bahawa kegagalan melaksanakan tanggungjawab tersebut boleh menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi keluarga, konflik serta perpecahan yang memberi kesan kepada generasi akan datang, termasuk negara.

“Selain itu, urusan kewangan perlu dipelihara dengan adil walaupun berlaku perceraian, termasuk tanggungjawab menyediakan tempat tinggal dan sokongan anak, yang kekal menjadi kewajipan suami,” katanya.