MADINAH - Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita, dengan syarat permit diperoleh melalui platform Nusuk (sah sekali setiap 365 hari) atau laluan akses segera berhampiran masjid bagi memastikan pergerakan pengunjung terkawal.
Waktu lawatan bagi lelaki dibenarkan dari 2 pagi hingga solat Subuh dan sekali lagi dari 11.20 pagi hingga solat Isyak. Pada Jumaat, lelaki mempunyai tambahan waktu dari 9.20 pagi hingga 11.20 pagi serta dari selepas solat Jumaat hingga solat Isyak, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).