40 peratus daripada RM1.274 bilion Belanjawan Pahang dipulangkan kepada rakyat

Iklan
Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy (tengah) ketika mengulas intipati Belanjawan Negeri 2026 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.

KUANTAN – Kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang 2026 berjumlah RM1.274 bilion dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif baharu dan penambahbaikan bantuan sedia ada.

Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut merupakan baki selepas kos tetap seperti emolumen dan perbelanjaan mengurus diselesaikan.

Iklan
Iklan

“Belanja mengurus berjumlah RM1.274 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan ialah RM446.26 juta. Bahagian mengurus itu melibatkan gaji serta komitmen yang tidak boleh dielakkan.

“Jadi, baki daripada itulah yang kita kembalikan kepada rakyat, kira-kira 40 peratus. Kalau dalam perniagaan, pulangan sebanyak itu sangat baik,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas intipati Belanjawan Negeri 2026 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, pada Jumaat.

Menurut Dato’ Sri Diraja, unjuran hasil negeri turut meningkat kepada tujuh peratus berbanding lima peratus pada tahun-tahun sebelumnya.

Iklan

Antara perkara baharu dalam belanjawan tersebut ialah peruntukan sebanyak RM100 juta bagi memperkasakan eksplorasi Pahang 1st, satu inisiatif yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Selain itu, bantuan khas kewangan untuk penjawat awam negeri turut dinaikkan daripada satu setengah bulan kepada dua bulan gaji.

“Kerajaan negeri turut memperkenalkan pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dalam kalangan anak Pahang yang baru memasuki alam pekerjaan bermula tahun 2025.

“Kita bantu membayar sebahagian pinjaman PTPTN. Sebelum ini mereka membayar sepenuhnya sendiri, tetapi kali ini kerajaan akan menampung sebahagian daripadanya. Bukan membayar semua, tetapi membantu mengurangkan beban mereka,” katanya.

Mengulas keseluruhan belanjawan, beliau menegaskan ia dirangka bagi memastikan manfaatnya disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.

“Belanjawan ini datang daripada rakyat dan kembali kepada rakyat, dan semua lapisan menerima manfaat kewangan daripada kerajaan negeri,” ujarnya.