KUANTAN - Kerajaan Pahang sekali lagi menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan 2024.
Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2026 bertema ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Menurut Dato' Seri Diraja, pengiktirafan ini menunjukkan tadbir urus kewangan negeri yang cekap, telus dan berintegriti.
"Segala pencapaian ini bukanlah usaha kerajaan negeri semata-mata, terapi digarap melalui pendekatan kerjasama seluruh jentera pentadbiran.
"Sokongan padu rakyat, komitmen sektor swasta, kekuatan institusi negeri dan kestabilan politik yang kita pertahankan bersama," katanya pada sesi pembentangan tersebut.