Pemergian Bung Moktar dirasai seluruh Keluarga Malaysia

Iklan
Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih atas pemergian sahabat karibnya, Allahyarham Bung Moktar ke rahmahtullah awal pagi Jumaat. Foto: FB Ismail Sabri Yaakob

SHAH ALAM - Pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmatullah awal pagi Jumaat meninggalkan kesan yang amat mendalam buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, banyak kenangan dicipta bersama sahabat karibnya itu ketika dalam UMNO, kerajaan dan di Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

“Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya menerima khabar yang sangat menyedihkan. Saya kehilangan seorang sahabat karib, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang telah kembali ke rahmatullah.

“Saya dan Allahyarham mempunyai banyak memori bersama dalam parti, kerajaan serta di Dewan Rakyat. Allahyarham merupakan seorang sahabat seperjuangan yang sangat kental dan tidak pernah mengenal erti lelah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Iklan

Ismail Sabri turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pejuang yang kental meskipun UMNO berdepan dengan cabaran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

“Ketika ramai sahabat yang meninggalkan UMNO, beliau kekal dan tidak berganjak sedikit pun daripada perjuangannya untuk mempertahankan UMNO.

Iklan

“Kesetiaan yang tiada tolok bandingnya,” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, kehilangan Bung Moktar bukan sahaja dirasai rakyat Sabah, tetapi seluruh Keluarga Malaysia.

“Kita kehilangan seorang tokoh pemimpin yang lantang dan berani untuk membela suara rakyat,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmah serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Sekitar jam 1.46 pagi Jumaat, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Allahyarham difahamkan menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis.