Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang, Khamis.

Jabatan itu memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Iklan
Iklan

MetMalaysia berkata, keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Raub dan Bentong, Pahang, manakala tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor.

"Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Iklan

"Cuaca itu turut dijangka dialami beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis)," katanya.

Jabatan itu memaklumkan, amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan berlaku di Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah sehingga 6 petang pada Khamis.

Iklan

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambah kenyataan terbabit, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.