Laungan 'bebas Shamsul' bergema di pekarangan mahkamah

Iklan
Laungan “Bebas Shamsul” bergema apabila beberapa individu dipercayai penyokong bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengiringi beliau menuju ke kenderaan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Laungan “Bebas Shamsul” bergema apabila beberapa individu dipercayai penyokong bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengiringi beliau menuju ke kenderaan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Mereka dilihat hadir sejak awal pagi, mengikuti pergerakan Shamsul Iskandar ketika beliau menghadiri prosiding pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Iklan
Iklan

Suasana bagaimanapun kekal tenang dan terkawal dengan kehadiran beberapa petugas keselamatan di lokasi.

Shamsul Iskandar

Iklan

Terdahulu, Shamsul Iskandar bersama peguamnya turut mengadakan sidang akhbar ringkas di pintu masuk kompleks mahkamah.

Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM100,000 serta tiga pertuduhan memperoleh wang dan kelengkapan perabot serta barangan elektrik bernilai RM76,829.03 pada 2023 dan tahun lalu.

Iklan

Pengakuan tersebut dibuat selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.