RM1 juta untuk Tabung Covid-19 Terengganu
Iklan
Mohd Zahari (kiri) menerima sumbangan bagi pihak kerajaan negeri untuk Tabung Covid-19 Terengganu
KUALA TERENGGANU - Syarikat berasaskan aktiviti cari gali dan perlombongan, Permint Granite Sdn Bhd menyumbang RM1 juta untuk Tabung Covid-19 Terengganu hari ini.
Sumbangan itu diserahkan Pengerusinya, Ghani Ambak kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zahari Md Azahar yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.
Iklan
Iklan
Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman dan Pengurus Besar Permint Granite, Abd Halim Yussof.
Menurut Ghani, Permint Granite Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat PMINT, berasa terpanggil untuk turut sama membantu kerajaan dalam menghadapi krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Iklan
"Kerajaan telah melanjutkan tempoh dua minggu lagi sehingga 14 April perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.
"Akibatnya, aktiviti ekonomi dan sosial terjejas teruk terutamanya peniaga kecil, pasar malam, petani, nelayan serta golongan berpendapatan rendah.
Iklan
"Sumbangan ini adalah usaha kecil kami sebagai korporat untuk bersama kerajaan negeri yang telah menyediakan pelbagai bentuk sumbangan membantu rakyat sepanjang tempoh PKP ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>