Ringgit terus mengukuh, dibuka pada 4.11 berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam 14 bulan berbanding dolar AS dengan mencapai 4.1200 pada penutupan Rabu.
RINGGIT memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1100/1200 yang meningkat daripada 4.1200/1235 pada akhir urus niaga semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.48 peratus kepada 98.880 mata apabila jangkaan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu depan semakin ketara.
"Perubahan terkini Pekerjaan ADP yang mengukur penciptaan pekerjaan bagi sektor swasta, susut sebanyak 32,000 pada November yang membuktikan pasaran tenaga kerja di AS lemah dan memerlukan campur tangan aktif oleh Fed menerusi langkah rangsangan monetari,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada Rabu, ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS apabila mencecah 4.1200 pada penutupan ketika jangkaan berterusan terhadap kemungkinan Fed menurunkan kadar faedah terus memberi tekanan terhadap mata wang negara maju itu.
Bagi asas tahun ke tahun, nilai ringgit telah meningkat sebanyak 8.5 peratus.
Iklan
"Pada hari ini misalnya, ringgit dijangka kekal dalam wilayah positif dan bergerak dalam julat 4.11 hingga 4.13,” katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain pada sesi awal.
Ringgit susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6499/6565 daripada 2.6476/6501 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4852/4986 daripada 5.4697/4744 namun meningkat berbanding euro kepada 4.7947/8064 daripada 4.7982/80.
Namun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1767/1847 daripada 3.1810/1839 pada penutupan Rabu, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.9 daripada 247.7/248.1, naik berbanding peso Filipina pada 6.97/7.00 daripada 6.99/7.00 dan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8780/9190 daripada 12.9024/9186, sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>