KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.05 pagi Khamis bagi menghadapi lima kes rasuah.
Shamsul Iskandar yang memakai baju batik berwarna hijau sementara Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise, diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa bergari.