MILO kumpul 4.2 tan pek kitar semula, tukar jadi peralatan sekolah.

Iklan
Juan Aranols (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Milo Tenaga Untuk Kebaikan 2025 anjuran MILO.

PETALING JAYA – MILO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Tetra Pak Malaysia berjaya mengumpul 4.2 tan pek minuman terpakai (UBC), bersamaan 300,000 pek menerusi Program Tenaga Untuk Kebaikan.

Dilancarkan pada April 2025, inisiatif Nestlé Malaysia dan MILO itu melibatkankira-kira 250,000 pelajar dari lebih 200 sekolah melalui sistem kitar semula berasaskan kutipan dan penebusan mata.

Iklan
Iklan

Melalui sistem ini, sekolah boleh menebus peralatan sukan mesra alam atau perabot kelas menggunakan UBC yang dikumpulkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, ketika MILO menyambut 75 tahun di Malaysia, programTenaga Untuk Kebaikan ini menjadi contoh inspirasi kerjasama strategik.

Iklan

Menurutnya, ini kerana ia mampu menjana perubahan dengan memperkasakan generasi muda untuk menjalani kehidupan aktif sambil memupuk budaya kelestarian.

"Bersama KPM, kami berjaya menterjemahkan tabiat kecil kepada kejayaan besar dengan menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan harian pelajar.

Iklan

"Kejayaan murid mengumpul lima kali lebih banyak daripada sasaran membuktikan keberkesanan usaha kolektif ini.

"Bersama-sama kita mewujudkan sekolah yang lebih hijau, komuniti yang lebih kukuh dan masa depan di mana sukan serta kelestarian bergerak seiring,” katanya ketika hadir pada Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Milo Tenaga Untuk Kebaikan 2025.

Sebagai sebahagian daripada majlis penghargaan, MILO turut mengiktiraf lapan sekolah di seluruh negara atas pencapaian terbaik mereka di bawah program Tenaga Untuk Kebaikan.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Panggong (Kelantan), SJKC La Salle (WP Kuala Lumpur),SJKC Beng Teik (Pusat Pulau Pinang), SK Sri Kelana (Selangor), SK Cheneh Baru (Terengganu),SK Taman Selasih (Kedah), SK Temerloh Jaya (Pahang) dengan SK Putrajaya Presint 18(1) (WP Putrajaya) mengungguli senarai dan muncul juara untuk kutipan UBC tertinggi.

Tambah Juan, matlamat syarikat jelas iaitu memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara dan membentuk generasi yang membudayakan kelestarian sebagaimana mereka mencintai sukan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas berkata, KPM menggalakkan lebih banyak sekolah menyertai usaha tersebut kerana terbukti membawa manfaat kepada murid.

“Program ini bukan sahaja menyemai amalan kelestarian, malah membantu pembangunan bakat sukan.

"Pelajar seperti Puteri Marsya Darwisya dari SK Durian Burung berjaya meraih pingat emas pertamanya mewakili Terengganu dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Terengganu hasil kemudahan peralatan sukan sumbangan MILO," ujarnya.

Sejak 2012, MILO dan Tetra Pak Malaysia telah menggerakkan inisiatif kitar semula UBC melalui Projek CAREton, mengumpul 6,554 tan atau bersamaan 500 juta UBC, yang sebahagiannya ditukar kepada genting bumbung dan perabot untuk komuniti kurang berkemampuan.

Program Tenaga Untuk Kebaikan juga memperkukuh legasi itu dengan menggabungkan pembelajaran kelestarian dan pembangunan sukan ke arah masa depan yang lebih hijau.