PUTRAJAYA - Ketika negara memerangi wabak koronavirus (Covid-19) dan kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat.
Lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat tanpa ada golongan yang akan tercicir.