Masidi dijangka bentang Belanjawan Sabah minggu depan

Iklan
Masidi ketika ditemui pemberita di Pejabat Menteri Kewangan Sabah, Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU - Belanjawan Sabah 2026 akan dibentangkan pada 12 Disember 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. 

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tugas pertamanya adalah menyediakan belanjawan berkenaan. 

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya hanya ada kira-kira 10 hari untuk menyediakan Belanjawan 2026 itu.

"Berkat kerajinan dan juga dedikasi pegawai-pegawai di kementerian ini yang sebenarnya telahpun bersedia sebelum DUN dibubar, penyediaannya agak mudah sedikit walaupun masa untuk membuat penambahbaikan itu agak ketat.

Iklan

"Insya-ALLAH kita bersedia untuk membentangkan Belanjawan 2026 ini pada 12 hari bulan Disember," katanya dalam sidang media di Pejabat Menteri Kewangan Sabah di sini pada Rabu. 

Masidi berkata, intipati dalam belanjawan tersebut lebih kepada penerusan momentum pembangunan. 

Iklan

"Walaupun dalam keadaan barangkali, keadaan ekonomi dunia yang lebih sukar dengan penurunan harga komoditi seperti minyak dan sebagainya, kalau kita lihat harga minyak di pasaran antarabangsa telah menurun. Kita jangkakan pada mulanya apabila kita rancang belanjawan ini atas AS$70 dolar (RM288) untuk satu tong. 

"Sekarang ini antara AS$67 - AS$68 (sekitar RM276) satu tong. Jadi sudah pasti ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyediaan belanjawan untuk tahun 2026. 

"Tapi kita mengharapkan ini tidak akan memberi impak yang terlalu besar kepada usaha untuk meneruskan momentum pembangunan apatah lagi peruntukan yang disediakan untuk kesejahteraan rakyat," katanya. 

Jelasnya, secara keseluruhannya fokus utama Belanjawan 2026 Sabah fokus kepada pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat.