Kejohanan Terbuka Karate ke-14 KK Gojukai Selangor 2025 himpun Karateka antarabangsa

Iklan
Kejohanan menarik lebih 550 peserta termasuk atlet antarabangsa dari Syria, Pakistan, Bangladesh dan Singapura.

KEJOHANAN Terbuka Karate ke-14 KK Gojukai Selangor 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menandakan edisi paling meriah setakat ini.

Kejohanan juga disokong penaja termasuk 100 Plus, Nestlé, Sun-Up, 7 Rings dan Mighty White yang menyumbang besar kepada kejayaan kejohanan tahun ini yang turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Kata Berkumpulan dan Kumite Berkumpulan.

Iklan
Iklan

Pengarah KK SUPER MART, Tee Kok Hiem mewakili Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK,Datuk Seri Dr KK Chai pada majlis tersebut meluahkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Goju Kai Karate-Do Selangor yang diasaskan Master Yondan J. Sithambaram dan Jurulatih Sensei S Prabaharen untuk tahun ke-14 berturut-turut.

“Kami berbesar hati dapat menyokong Kejohanan Terbuka KK Gojukai Selangor sekali lagi. Kejohanan ini telah berkembang dengan begitu pesat dan kami berbangga sebagai penganjur dalam membimbing bakat muda serta menggalakkan lebih ramai belia untuk menyertai karate.

Iklan

“Sukan seperti karate membantu membina keyakinan, disiplin, kefahaman dan sahsiah diri yang kuat, nilai-nilai yang akan membimbing atlet muda ini sepanjang hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan menarik lebih 550 peserta termasuk atlet antarabangsa dari Syria, Pakistan, Bangladesh dan Singapura.

Beliau turut memuji ibu bapa atas komitmen tidak berbelah bahagi dalam membimbing anak-anak mereka ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.

Iklan

“Pada ketika ramai golongan muda menghabiskan masa dengan peranti mudah alih, adalah amat menggembirakan apabila melihat ibu bapa mengambil inisiatif memperkenalkan anak-anak mereka kepada sukan dan aktiviti luar.

"Sokongan mereka memastikan generasi muda membesar dengan aktif, fokus dan bergaul secara sihat,”katanya.

Kok Hiem turut memuji Master Yondan J Sithambaram dan Jurulatih Sensei S Prabaharen atas pengenalan Kategori Veteran tahun lalu, satu inisiatif yang terus memberi inspirasi kepada pengamal senior untuk kekal aktif.

“Kategori Veteran ialah satu inisiatif yang sangat baik. Ia bukan sahaja menghargai minat serta dedikasi seumur hidup para pengamal karate berpengalaman malah menyampaikan mesej yang kuat bahawa sukan boleh diceburi pada apa jua usia.

“Ia memupuk penuaan sihat, pembelajaran berterusandan mengukuhkan ikatan komuniti merentas generasi,” katanya.

Beliau turut menekankan penyediaan yang teliti untuk para pekerja di mana setiap peserta menerima beg cenderahati yang disediakan khas berisi produk KK SUPER MART dan penaja yang bermurah hati bersama T-shirt rasmi kejohanan, makanan percuma serta sijil penyertaan.

“Pemenang termasuk juara pertama dan naib juara turut menerima pingat sebagai pengiktirafan atas kemenangan yang diperoleh hasil usaha gigih serta prestasi cemerlang mereka sepanjang kejohanan,” katanya.

Menariknya,sebuah booth KK REWARDS turut didirikan di kejohanan tersebut untuk berinteraksi dengan para pengunjung dan memperkenalkan program kesetiaan jenama itu.

Ahli baharu yang memuat turun aplikasi dan mendaftar di lokasi menerima 300 KK Coins (RM3) secara percumayang boleh ditebus di mana-mana cawangan KK SUPER MART di seluruh negara.

Aplikasi ini menawarkan promosi eksklusif, aktiviti CSR dan kerjasama sukan pada masa hadapan.

Dalam pada itu,Presiden Persatuan Goju Kai Karate-Do Selangor Master Yondan J. Sithambaram, berterima kasih kepada Datuk Seri Dr KK Chai dan seluruh pasukan KK atas sokongan berterusan mereka.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pengurus pasukan karate, jurulatih, ibu bapa, pegawai dan karateka muda yang dedikasi dan semangat mereka telah menjayakan Kejohanan Karate Terbuka KK Goju Kai Selangor 2025 edisi ke-14.

Gelaran juara keseluruhan untuk kejohanan kali ini yang berlangsung pada 22 hingga 23 November dimenangi Persatuan Karate Johor yang meraih 15 pingat emas, tujuh perak dan 11 gangsa.

Tempat kedua menjadi milik Persatuan Karate-Do Goju Kai Selangor dengan 11 emas, lapan perak dan 23 gangsa manakala tempat ketiga dianugerahkan kepada Kelab Karate Bushido yang memperoleh 11 emas, enam perak dan lapan gangsa.

Sementara itu,KK SUPER MART kini menantikan Kejohanan Terbuka Karate ke-15 KK Gojukai Selangor 2026 yang bakal membawa makna istimewa kerana bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun ke-25 KK SUPER MART.

Ditubuhkan pada 16 Januari 2001 oleh Datuk Seri Dr KK Chai, KK SUPER MART telah berkembang dengan begitu pesat, membuka lebih daripada 1,000 cawangan di seluruh Malaysia dan berkhidmat kepada jutaan pelanggan melalui kedai serbaneka 24 jam yang mudah diakses.

Dengan lebih daripada 6,000 SKU dan peluasan berterusan ke lokasi berakses tinggi, KK SUPER MART terus komited menyediakan pelbagai produk keperluan asas dengan mudah, pantas dan penuh keselesaan.

KK SUPER MART juga secara aktif menyokong pembangunan komuniti melalui pelbagai inisiatif CSR dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, kebajikan, tanggungjawab alam sekitar dan penglibatan dalam sukan.

Jenama ini percaya sukan membantu membentuk komuniti lebih sihat, bersatu dan lebih berdaya tahan.