Saifuddin kemuka usul gantung Takiyuddin enam bulan

Iklan
Saifuddin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dijangka berdepan dengan usul penggantungan selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bertarikh 3 Disember, usul berkenaan akan dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Iklan
Iklan

Undang-undang itu berhubung kenyataan Takiyuddin semasa perbahasan Rang undnag- Undang (RUU) Perbekalan 2026 Oktober lalu yang mendakwa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melakukan serangan di Masjid Kampung Rusila dan ingin mengulangi Peristiwa Mamali.

"Bahawa Yang Berhormat Kota Bharu juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali tahun 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat di mana ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Iklan

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Ahdi Awang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh APMM.

"Yang Berhormat Kota Bharu walaupun sebelum ucapannya di Dewan pada 22 Oktober telah mengetahui mengenai perkara di atas tentang kejadian tersebut merupakan satu pelaksanaan latihan yang dikendalikan oleh APMM di Masjid Rusila, namun telah membangkitkan mengenainya di dalam Dewan dengan tidak memberi gambaran sebenar tujuan kejadian tersebut," jelas Saifuddin dalam usul tersebut.

Iklan

Beliau berkata, ucapan Takiyuddin juga telah mencalarkan imej APMM malah anggota yang didakwa terlibat dengan insiden tersebut mungkin teraniaya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas itu.

"Dakwaan Yang Berhormat Kota Bharu merupakan satu perbuatan yang seolaholah menjatuhkan martabat anggota APMM yang telah bertungkus lumus dalam menjaga samudera Malaysia yang luas dari pelbagai ancaman termasuk penyeludupan senjata, perikanan haram, pencerobohan kapal asing, dadah, lanun dan ancamanancaman lain.

"Yang Berhormat Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan. Maka Inilah persetujuan bahawa Yang Berhormat Kota Bharu hendaklah digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan," katanya.