Lelaki 'sorok' isteri kedua selama 30 tahun dihukum penjara

Iklan
Amalan bigami itu terbongkar menerusi e-mel dihantar kepada ICA. - Foto Agensi

SINGAPURA - Seorang lelaki dihukum penjara 17 bulan setelah mengaku bersalah mengamalkan bigami (beristeri dua) pada Selasa.

Warga Singapura, Ng Teong Min, 67, didakwa mempunyai isteri kedua dan perkahwinan itu berjaya dirahsiakan selama 30 tahun sebelum ia dibongkar menerusi e-mel dihantar kepada Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Iklan
Iklan

"Isteri keduanya menetap di Sarawak, Malaysia dan mereka turut mempunyai dua cahaya mata," lapor CNA.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki tersebut mengikat tali cinta dengan isteri pertamanya pada 1980 dan dikurniakan dua anak sebelum dia berkahwin sekali lagi pada 1995 ketika dia berusia 37 tahun.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Jini Pillai berkata, Teong Min tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana bimbang pihak berkuasa memeriksa statusnya di Singapura.

Isteri pertamanya yang hanya mengetahui tentang kewujudan 'madunya' pada tahun ini dilaporkan mahu menuntut cerai.

Iklan

Teong Min yang kesal dengan perbuatannya bagaimanapun berjanji mahu menjadi ketua keluarga yang lebih baik. - Agensi