Banjir Kelantan pulih, semua PPS ditutup

Iklan
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas semua PPS ditutup pada Selasa. Gambar hiasan

 

KOTA BHARU - Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pada Selasa.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Farid Ishak berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) To' Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjung, Pasir Mas menjadi lokasi terakhir yang ditutup.

"Kedua-dua pusat itu ditutup pada jam 3.30 petang tadi. Dua PPS itu menempatkan seramai 97 mangsa," katanya.

Iklan

Menurut beliau, pada masa yang sama penduduk di negeri ini perlu bersiap sedia menghadapi banjir gelombang seterusnya selepas ini.

Katanya, mereka diingatkan supaya sentiasa waspada dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Iklan

"Jika air naik dengan cepat, segeralah bertindah ke PPS," katanya.