Anwar tiba di Kelantan, hadiri beberapa program

Iklan
Anwar (tengah) dikerumuni orang ramai sebaik tiba di Lembah Sireh. 

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan petang Sabtu bagi menghadiri beberapa program di negeri ini.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa pada jam 4.10 petang dan disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Iklan
Iklan

Anwar kemudian merasmikan Skim Usahawan Bangkit di perkarangan pasar raya di Lembah Sireh sebelum mengunjungi Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubok Tapah di Pasir Mas.

Pada sebelah malam, beliau dijadual menghadiri Program Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat.

Iklan
Iklan