KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 8 malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.