Warisan nafi dakwaan cuba 'beli', pujuk ADUN bentuk kerajaan negeri
Iklan
Mohd Shafie. Foto: Bernama
KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan bahawa parti itu cuba 'membeli' atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meraih sokongan bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Beliau berkata, komitmen parti itu adalah untuk sentiasa berteraskan integriti dan kepimpinan mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat.
Iklan
Iklan
“Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati dan penghormatan. Warisan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi yang menjadi asas pentadbiran negeri kita.
“Kami akan terus melaksanakan peranan yang telah diamanahkan kepada kami dengan penuh maruah, konsisten dan dengan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada Sabah,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Mohd Shafie mengulas dakwaan sebuah portal berita kononnya terdapat cubaan daripada Warisan 'membeli' atau memujuk ADUN bagi mendapatkan sokongan untuk membentuk sebuah gabungan politik dalam mentadbir Sabah.
Pada PRN ke-17, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 29 daripada 73 kerusi DUN diikuti Warisan (25), Barisan Nasional (6), Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)(2) manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.
Iklan
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 37 kerusi DUN.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>