sooka perkenal sooka Shorts: Drama berskala mini bermula Disember 2025

Iklan
Pemenang yang menyertai acara sooka Gilerrr Streaming Challenge bersama hadiah masing-masing.

KUALA LUMPUR- sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia bakal membawakan hiburan mikrodrama dengan pelancaran sooka Shorts pada Disember ini.

Pratonton eksklusif sooka Shorts ditayangkan menerusi acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang berlansung di Pavilion Bukit Jalil di sini pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

sooka Shorts merupakan ciri mikrodrama baharu yang direka khas untuk penonton yang mahukan kisah menarik dan padat, sesuai untuk tontonan singkat.

Dengan populariti drama pendek kini semakin meningkat di seluruh dunia, format ini mengukuhkan kedudukan sooka sebagai peneraju kandungan mikrodrama tempatan, sekali gus memperluaskan pilihan hiburan dan memberi lebih fleksibiliti kepada penonton untuk menikmati kandungan mengikut keselesaan mereka.

Iklan

sooka Short bakal dilancarkan pada awal Disember.

Sebagai sebahagian daripada pratonton awal, penonton akan dapat menonton kandungan seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku, dan Raja Fitnah bermula 12 Disember 2025 ini.

Iklan

Kandungan tersebut kemudian akan diperkukuh lagi melalui kerjasama dengan studio produksi serantau untuk menghasilkan kandungan vernakular lain di samping kandungan mikrodrama Korea.

Episod terpilih boleh diakses secara percuma, manakala akses penuh akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas membolehkan pelbagai penonton meneroka format baharu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.

sooka Gilerrr Streaming Challenge catat Malaysia Book of Records

Dalam kenyataan sama, sooka baru-baru ini menjayakan acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang menyaksikan 273 peserta berkumpul sepanjang hari untuk menangani pelbagai cabaran kompetitif sambil strim sooka secara langsung.

Acara ini telah meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.

Penyertaan pecah rekod itu mencerminkan matlamat utama acara, iaitu meraikan semangat rakyat Malaysia yang penuh tenaga dan kadangkala 'gilerrr' terhadap hiburan dan sukan.

Ini merupakan kali pertama sooka menganjurkan acara berskala besar seperti ini, dan sambutan luar biasa membuktikan betapa sooka dekat di hati penonton.

Jelas kenyataan itu lagi, acara berkenaan turut mencerminkan bagaimana penstriman telah menjadi obsesi bersama bagi ramai orang dan cabaran yang dianjurkan memberi peminat satu platform yang menyeronokkan dan kompetitif untuk menonjolkan semangat dalam menstrim kandungan yang digemari.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah yang meluangkan masa berinteraksi dengan para paserta dan peminat.

Program tersebut juga menampilkan persembahan istimewa daripada finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 Finalis Astro Star Quest, barisan pelakon Astro Originals dan sooka Shorts, serta artis termasuk Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.

 

sooka Gilerrr Streaming Challenge meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.

Tambah kenyataan berkenaan, sepanjang acara berlangsung penonton dihiburkan dengan pelbagai aktiviti, manakala peserta meneruskan penstriman sambil melalui siri cabaran fizikal yang direka untuk menguji fokus dan ketahanan mereka.

Cabaran bermula dengan 'sooka says' di mana peserta perlu mengikut arahan pantas tanpa mengalihkan mata daripada skrin.

Seterusnya, mereka berdepan pusingan gangguan 'pontianak' lengkap dengan usikan bulu, lawak jenaka dan kejutan menakutkan diikuti cabaran ‘freeze’ yang memerlukan mereka mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim.

Cabaran terakhir pula menguji koordinasi dan keseimbangan apabila peserta cuba mengekalkan tin minuman di atas tangan tanpa menghentikan tontonan mereka.

Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge berakhir dengan sesi penyampaian hadiah di mana pemenang hadiah utama membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5.

Peserta lain yang berjaya menamatkan setiap peringkat cabaran turut menerima ganjaran menarik termasuk TV Pintar Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, Monitor Permainan Samsung, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo, pengering rambut Dyson, headphone Sony serta kad hadiah JD bernilai RM1,000.