Nasib Da'i Syed diketahui 23 Januari

Iklan
Syed Shah Iqmal hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin dengan ditemani isterinya.

SHAH ALAM – Nasib sama ada pendakwah selebriti, Da'i Syed dibebaskan atau kekal bersalah dengan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, kerana merogol seorang wanita pada 2019, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Januari tahun depan.

Hakim, Adlin Abdul Majid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam yang mewakili Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman bagi pendakwaan selaku responden.

Iklan
Iklan

Semasa hujahan, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed Shah Iqmal, 30, berkata, pendakwaan telah mencampur-adukkan keadaan mental mangsa dengan isu kerelaan ketika berlakunya kejadian tersebut.

Menurutnya, pada satu ketika pendakwaan memberitahu hubungan itu berlaku tanpa kerelaan tetapi kemudiannya bertukar menjadi wujud persetujuan.

Iklan

“Ini menimbulkan kekeliruan, kerana Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan kes rogol merangkumi persetubuhan tanpa persetujuan.

“Ia juga memberi maksud persetujuan menjadi tidak sah jika wujud ketakutan, penipuan, ketidakupayaan mental atau penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Iklan

Baharudeen menyatakan pendakwaan pada mulanya berhujah bahawa tertuduh telah membahayakan mangsa, yang termasuk di bawah Perenggan (c) Seksyen 375, tetapi kemudiannya menumpukan pada keadaan mentalnya di bawah Perenggan (e).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman sebagai responden berkata, mangsa sama sekali tidak merelakan hubungan itu dilakukan.

Katanya, jika mangsa yang bersetuju untuk mengikuti mana-mana individu atau menghadiri majlis, tidak boleh menjadikannya automatik untuk merelakan hubungan intim dilakukan.

“Hujahan perayu bersifat penafian semata-mata apabila menyatakan hubungan itu berlaku atas kerelaan dan dimulakan mangsa sendiri.

“Bagaimanapun, keterangan itu disokong oleh apa sahaja keterangan sama ada secara lisan atau dokumen,” katanya.

Beliau berkata, isu kelewatan mangsa membuat laporan polis hampir setahun selepas kejadian juga tidak timbul, sebagaimana hujahan yang telah dilampirkan.

Susulan itu beliau memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah hukuman memandangkan pemenjaraan selama 10 tahun tidak mencukupi.

Katanya, mahkamah perlu mempertimbangkan supaya perayu dikenakan pemerhatian pihak polis selama tiga tahun, menjalani kaunseling termasuk kos pendakwaan.

Pada 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhinya hukuman selepas didapati bersalah atas kesalahan berkenaan.

Hakim, Norazlin Othman memerintahkan bapa kepada seorang anak itu dihukum serta-merta selepas didapati bersalah susulan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara bermula pada 20 September 2024 sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun ketika kejadian di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.

Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed

'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed

Kes rogol: Da'i Syed dilepaskan sementara hingga rayuan didengar

Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak tangguh hukuman

'Mata ini menangis, hati bersedih' - Isteri Da'i Syed mohon doa

Kes rogol: Tindakan Da'i Syed tidak dapat diterima akal, kata hakim

Kes rogol: Da'i Syed dijel 10 tahun, tiga sebatan