Tiga lelaki diberkas curi kabel dalam kebun pisang

Iklan
Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri kabel di sebuah kebun pisang.

KLUANG - Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri kabel di sebuah kebun pisang di Taman Kluang Barat di şini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 33 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penahanan kesemua suspek adalah hasil laporan daripada seorang lelaki yang mengadu mengenai kecurian kabel di kebun tersebut.

"Kesemua lelaki itu ditahan pada jam 3 petang kelmarin (Sabtu), melalui serbuan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kluang.

Iklan

“Hasil daripada tangkapan itu, polis berjaya merampas satu longgok dawai besi, satu longgok tembaga (kabel), dua guni mengandungi dawai dan besi, satu alat pemotong kabel yang telah diubah suai dan enam bilah pisau pelbagai saiz dengan anggaran berharga sekitar RM1,200," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Bahrin, hasil semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, bagaimanapun ujian saringan air kencing mereka didapati negatif.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

“Ketiga-tiga tangkapan kini direman selama empat hari bermula Ahad hingga Selasa bagi membantu siasatan,” katanya.