MIC mohon sertai PN - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima permohonan daripada MIC untuk menyertai gabungan parti itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Kita tidak dapat mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN sebelum ini kerana fokus tertumpu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PN) Sabah.

“Saya telah beritahu Presiden dan Setiausaha Agung MIC bahawa kami akan membincangkan permohonan ini dengan terperinci selepas pilihan raya Sabah.

Iklan

“Secara prinsipnya, semua parti PN menyambut baik MIC, tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN,” katanya pada sidang media selepas menghadiri konvensyen Urimai di IDCC pada Ahad.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang merupakan serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut memohon untuk menyertai gabungan itu dan ia juga akan dibincangkan bersama pada Majlis Tertinggi PN.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, kesediaan untuk menamatkan penyertaan dalam BN dan bersedia untuk memohon secara rasmi menyertai PN antara tiga usul yang dikemukakan oleh perwakilan MIC pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-79, dua minggu lalu.

Spekulasi mengenai hala tuju masa depan MIC telah berlarutan beberapa bulan, dengan parti itu dikatakan tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional.

MIC merupakan parti politik di Malaysia dan merupakan salah satu pengasas gabungan BN sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, yang memerintah sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

MIC menyertai Perikatan bersama UMNO dan MCA pada 1955, sebelum gabungan itu berkembang menjadi Barisan Nasional pada 1973 dengan penyertaan lebih banyak parti komponen.