Rancang nikah sebulan lagi, pasangan tunang dicekup berkhalwat

Iklan
Penguatkuasa JAINJ melakukan pemeriksaan di sebuah hotel di Kluang. - Foto JAINJ

KLUANG – Pasangan tunang yang akan melangsungkan pernikahan sebulan lagi ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, awal pagi Ahad.

JAINJ dalam kenyataannya memaklumkan serbuan dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi membabitkan pasangan berusia 20-an.

Iklan
Iklan

"Wanita itu pada awalnya mendakwa dia berada seorang diri, namun selepas lampu bilik dibuka dan pemeriksaan lanjut dibuat, seorang lelaki memakai kemeja-T dan seluar panjang ditemui dalam keadaan menyorok di bawah meja di satu sudut bilik.

"Bilik itu didaftarkan atas nama wanita berkenaan yang datang dari sebuah negeri lain manakala lelaki terbabit menetap di daerah ini. Kedua-duanya mengaku mereka adalah pasangan tunang," menurut kenyataan JAINJ.

Iklan

Pasangan itu memaklumkan mereka bertemu di Kluang bagi menyelesaikan persiapan terakhir menjelang majlis perkahwinan mereka bulan depan.

Wanita berkenaan dikatakan terlebih dahulu bertandang ke rumah keluarga lelaki terbabit sebelum lelaki itu menghantarnya ke hotel.

Iklan

Menurut keterangan lanjut, lelaki itu mendakwa pada awalnya hanya menumpang tandas sebelum bermalam bersama memandangkan keesokan harinya mereka perlu pulang semula ke kampung dan tempat kerja masing-masing.

Pasangan itu ditangkap atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.