Remaja, kelindan lori ditahan ingkar PKP
Iklan
PORT DICKSON - Seorang kelindan lori dan seorang remaja berusia 16 tahun ditahan polis kerana ingkar arahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam pemeriksaan yang dilakukan di Jalan Batu 3, Jalan Seremban-Port Dickson di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan selepas enggan bekerjasama memberhentikan motosikal ditunggang dalam pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
Iklan
"Pada jam 9 malam semasa dua anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan pemeriksaan PKP, suspek didapati menunggang motosikal dalam keadaan tidak memakai topi keledar.
"Polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan, namun mereka melarikan diri dan berjaya ditahan berdekatan Kuil India Dataran Segar menghala ke Port Dickson lebih kurang 50 meter daripada tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, ketika ditahan, suspek telah menghalang polis untuk membuat pemeriksaan lanjut dan turut bertindak kasar dengan mempertikaikan kuasa polis untuk menahan mereka.
Beliau berkata, kedua-dua suspek juga gagal mengemukakan kad pengenalan diri.
Iklan
"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Lukut untuk tindakan lanjut dan saman trafik turut dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai topi keledar.
"Mereka kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan / Seksyen 270 Kanun Keseksaan/ Peraturan. 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan juga Peraturan. 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>