'Kita cukup jumlah bentuk kerajaan, PH sedang bincang bersama GRS' - Fuziah

Iklan
Fuziah (kanan) mengadakan sidang media mengenai keputusan PRN Sabah ke-17 di Pusat Operasi Pakatan Harapan. - Foto Bernama

KOTA KINABALU -"Kita cukup jumlah bentuk kerajaan, PH (Pakatan Harapan) sedang bincang bersama GRS," demikian penjelasan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau pada sidang media di Pusat Operasi PH itu berkata, buat masa ini perbincangan sedang dijalankan. 

Iklan
Iklan

"Ketika ini, Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu.

"Insya-ALLAH kita cukup jumlah membentuk kerajaan," katanya. 

Iklan

Keputusan tidak rasmi PRN Sabah ke-17 setakat jam 10 malam menunjukkan GRS sedang mendahului apabila berjaya memenangi 29 kerusi DUN.

Sabah mempunyai sebanyak 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.

Iklan