Zionis gempur Tebing Barat lagi

Iklan
Penduduk kem pelarian Nur Shams berhampiran Tulkarem mengadakan protes menuntut hak untuk kembali ke rumah masing-masing.

TUBAS - Rejim Zionis kembali menggempur Tebing Barat pada Rabu di tengah-tengah serangan yang kian meningkat ke atas Genting Gaza.

Pihak berkuasa Israel termasuk perkhidmatan keselamatan dalaman menerusi kenyataan bersama menggelar ia sebagai 'operasi antikeganasan diperluaskan' di utara wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Beberapa kenderaan tentera turut dikerahkan ke sekitar Tebing Barat.

Mereka memberi alasan kononnya serbuan ganas itu dilancarkan selepas menerima maklumat risikan tentang rancangan mahu 'menubuhkan kubu kuat pengganas'.

Iklan

Kempen pencerobohan itu bermula dengan siri serangan udara untuk mengasingkan kawasan yang menjadi sasaran operasi tersebut dan disusuli dengan 'misi penggeledahan' yang akan menyoal siasat suspek serta merampas dana mereka.

Sebuah ambulans digeledah selepas kenderaan milik IDF menghalang laluan masuk ke Tammun, selatan Tubas.

Iklan

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa ia bukanlah sebahagian daripada operasi yang dilancarkan ke atas bandar Jenin pada Januari lalu yang secara khusus menyasarkan kem pelarian Palestin di utara Tebing Barat.

Gabenor Tubas, Ahmed al-Asaad berkata, ia merupakan pertama kali seluruh wilayah diserbu askar Zionis.

“Mereka menyerbu bandar Tammun, Tayasir dan kem pelarian al-Faraa yang didiami penduduk Palestin. Mereka turut menyekat laluan masuk ke bandar berkenaan.

“Sebuah helikopter Apache juga menyokong operasi itu dan menembak kawasan kediaman serta orang awam,” ujarnya.

Pos pemeriksaan didirikan di kebanyakan lokasi bagi menyekat pergerakan bebas penduduk Palestin.

Menurutnya, penduduk Palestin dilarang untuk memasuki zon operasi tersebut yang menyaksikan kenderaan perisai lalu-lalang tanpa henti.

Sementara itu, Persatuan Palang Merah Palestin memaklumkan mereka merawat sejumlah mangsa dan sebahagian daripadanya terpaksa dipindahkan ke hospital untuk rawatan susulan.

“Kami berdepan halangan untuk memindahkan mangsa di bandar Tubas dan Tammun yang diserbu IDF," kata jurucakapnya.

Gerakan Hamas bersama Jihad Islam bagaimanapun mengutuk serbuan ganas tersebut.

Penduduk kem pelarian Nur Shams berhampiran Tulkarem mengadakan protes menuntut hak untuk kembali ke rumah masing-masing.

“Ia jelas operasi politik dan bukan untuk tujuan keselamatan. Ia juga adalah sebahagian daripada rancangan jahat untuk menghapuskan penduduk Palestin, sekali gus merampas kawalan ke atas Tebing Barat,” jelas Hamas.

Keganasan di wilayah diduduki Tel Aviv sejak 1967 itu semakin meningkat sejak Perang Gaza tercetus pada Oktober 2023.

Sebuah unit pangsapuri milik penduduk Palestin musnah dalam operasi yang dilancarkan tentera Israel.

Lebih 1,000 penduduk Palestin dibunuh kejam askar Zionis dan pelampau Yahudi dalam siri serangan ganas sepanjang tempoh lebih 24 bulan lalu malah mereka turut merampas rumah serta tanah milik golongan itu tanpa belas kasihan. - Foto: Agensi/ AFP